Saturday, September 22, 2012

esok , 23 September 2012 .
masuk practical kat ward .
for the first time as student semester two .
*tak sabar nak buat dressing wehh* :D
lusa , 24 September 2012 .
start midterm exam sampai 27 September 2012 .
then sambung practical kat ward .
6 October 2012 - 20 October 2012
posting kat Hospital Sik , Kedah .
hope everything will be fine , InsyaAllah :')

Ya Allah Ya Tuhanku , 
permudahkan urusanku dari awal hingga akhir .
AMINNN :')

Thursday, September 20, 2012

A Gift of Life :)

A Gift of Life ? 
mesti kauorg tak biasa dengarkannn ? kalau nak tahu , nie lahhh tagline untuk 
Pusat Sumber Transplan Nasional . iaitu , penderma organ .

TAHUKAH ANDA ?

- Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai jumlah pesakit yang mengalami kegagalan akhir buah pinggang  teramai di dunia dan separuh daripada mereka boleh diselamatkan dengan menjalani pemindahan buah pinggang .

- Kadar pendermaan organ selepas kematian di Malaysia adalah 0.7 pmp (per juta penduduk) berbanding 4.5 pmp di Arab Saudi , 4.0 pmp di Qatar dan 2.9 pmp di Iran .

- Seseorang yang mendermakan kesemua organ dan tisunya boleh menyelamatkan nyawa lebih daripada 8 orang pesakit !

- Pendermaan organ di Malaysia telah bermula sejak tahun 1970-an , namun sehingga kini jumlah penderma organ kurang daripada 500 orang .

dan banyak lagi dan mungkin ada yang akan bertanya ,

ADAKAH PEMINDAHAN ORGAN SAMA DENGAN PERBUATAN MENYEKSA MAYAT ?
TAK . pemindahan dan pendermaan organ bukan dilakukan kerana niat jahat atau tujuan yang tidak bermanfaat . sebaliknya dilakukan sebagai pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan organ tersebut . dan harus anda tahu , memelihara nyawa adalah salah satu daripada maqasid al-syar'iyyah atau objektif syariah . 

ADAKAH PENDERMA ORGAN MENANGGUNG DOSA ORANG YANG MENERIMA ORGANNYA ?
Dr. Yusuf al-Qaradawi berpandangan bahawa orang yang menderma organ akan diberikan ganjaran pahala kerana perbuatan menderma organ terangkum di bawah sedekah jariah yang merupakan salah satu antara tiga perkara yang akan memberi ganjaran berterusan selepas kematian iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh .

dan banyak lagi . for more info , click this http://www.agiftoflife.gov.my/

ya , aku mengaku . aku takut nak derma darah . tapi , tidak untuk derma organ .
kita dah tak bernyawa masa tue , sebab tue aku berani ?
okeyyy , mungkin tue salah satu faktor tapi bukan tue kepentingannya . 
secara ikhlas , aku nak membantu mereka yang lebih memerlukan .
seriouslyyyy , i would like to help someone to live after my death .
InsyaAllah , aku nak menjadi salah satu antara pengikrar pendermaan organ .
dan mungkin aku akan daftar untuk pendermaan semua organ dan tisu :')
paling penting , minta kebenaran dari keluarga dahulu dan pastikan anda berumur 18 tahun dan ke atas .

organ yang boleh didermakan 

p/s : ibu , ayah , benarkan along menjadi salah satu penderma organ , boleh ?

Tuesday, September 18, 2012

EXAMFEVER =,=

demam ? yaa , aku still demam . 
still batuk , selsema , sakit tekak , tak ade suara .
effect pasal hari tue ? ntah lahhh . tak kot :')
minggu depan exam . midterm exam .
semoga dengan kesihatan yang masih aku ada nie ,
InsyaAllah , aku boleh buat dengan baik , AMINNN .
kalian semua , doakan saya yeaaa ? :')

"Ya Allah Ya Tuhanku ,
permudahkanlah urusanku dari awal hingga akhir"

Monday, September 17, 2012

Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah ,
maka , KHABARKANLAH , bahawa ia mencintainya .
sesiapa yang mencintai seseorang kerana Allah ,
kemudian seseorang yang dicintai itu berkata ,
aku juga mencintaimu kerana Allah ,
maka keduanya akan masuk syurga .

orang yang paling besar cintanya 
lebih tinggi darjatnya daripada yang lainnya .
ia akan digabungkan dengan orang orang 
yang mencintai kerana Allah .

p/s : Cinta itu Anugerah . 

Saturday, September 15, 2012

Eat an apple a day keeps the doctor away ♥

hari ini , mari bercakap tentang EPAL ! :D


anda mungkin tak suka ,


atau terpengaruh dengan cerita dongeng Snow White ,

dalam epal ada racun !
TAPI , tahukah anda ?
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

MALAH , 
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

jadi , tunggu apa lagi ? JOM ↓


and STAY HEALTHY like this ↓


p/s : perhatian ! ini adalah Ops Kekal Sihat :D

wanna mine ? :)
go and get by yourself lahhhhh :P

Friday, September 14, 2012

asal tarian , muka aku . asal aerobic , muka aku .
sampai kakak senior pun tegur ,
"kesian kau , tak ada orang lain ke dik?"
aku punnn , ntah =,=
nak keluar , mereka tak bagi .
nak masuk , tertinggal stadi .
ikutkan hati , minat tue memanglahhhh tinggi .
tapi . . . 








nie tarian waktu sambutan raya kat kolej
nak upload video tak lepaihhh lagi :D

"muka muka penari group 1/2012 sampai sem 6"
kata mereka =='
p/s : sakit tekak . batuk . tak ada suara .
dapat air sejuk nie , 
memang best wa cakap lu =,=


Eid's Day at KKSP :)

laksa , ketupat palas , nasi himpit ,
satay , kuah kacang , roti jala ,
kuih-muih , epal , fruit punch .
wahhhh banyaknyaaa makanan *Alhamdulillah*
semua cantik cantik berbaju kurung , jubah , etc .
ade high heels , sandal , flat shoes .
budak tarian moden jep pakai
sweater , tracksuit , kasut sekolah =,=
walaupun hujan , mungkin hujan rahmat ,
tapi semua ada hikmah .
harap dengan setiap apa yang terjadi ,
buat kita semua makin kuat dan tabah di dunia KKSP nie .
okeyyyy kawan-kawan ? :')










p/s : malas nak edit . amek dari orang punye HAHA :D