Saturday, December 22, 2012

apa apa , saya terima :')

betul lahhh kata pepatah , “ku sangkakan panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari” :’)

tak apa . saya faham . jangan risau , saya akan cuba untuk faham . betul tindakan apa yang awak buat . okeyy , mungkin bukan satu masalah bagi awak sama ada layak atau tak , tapi itulahhh yang saya rasa . saya rupanya tak layak untuk awak . tapi percayalah , “kawan” yang awak cerita kat saya tue beribu malah berjuta kali lebih layak untuk awak berbanding diri saya nie . daripada kita pergi lebih jauh tapi tak ada apa yang terhasil , lebih baik saya ambil satu keputusan yang mungkin bagi awak salah tapi mungkin betul masa akan datang nanti . saya tak nak nanti kita lebih sakit . cukuplah apa yang saya rasa sekarang . kalau boleh dibayangkan apa saya rasa , tak banyak beza . hati saya rasa sakit sebab berdebar setiap kali nak jumpa awak sampai saya tak pasti berapa kali saya masuk keluar tandas , tapi sekarang hati saya rasa sakit sebab saya terpaksa paksa diri saya untuk tahan nangis . apa yang saya mampu buat Cuma , tarik nafas dalam dalam dan lepas , tarik nafas dalam dalam lagi dan lepas . berulang kali sampai apa yang saya dapat , saya menangis juga . but I keep telling you , “saya okay” and “jangan risau , I’m fine” and “tak apa. saya faham . sangat faham”

saya tak tahulahhh apa yang patut saya buat sekarang . go on study , tak payah fikir langsung pasal semua nie . yeahh , LANGSUNG . itulah apa yang saya fikirkan . jangan risau . nanti saya tukar number . saya takkan bagitahu awak , and takkan contact awak dah . walaupun saya yang rasa sakitnya macam mana . asalkan , benda nie boleh bahagiakan awak . yeahhh , anything , as you wish :’)

awak , jaga diri dekat sana . saya takkan lupa awak , takkan lupa semua nasihat and pesan awak tue :’) awak jaga diri , jaga hati , jaga mata , jaga iman . jangan risau , walaupun saya macam ‘budak tadika’ tapi saya dah tahu jaga diri saya . terima kasih :)

okeyy , terima kasih untuk semua . maafkan salah silap saya sebelum nie , mungkin sengaja atau tak sengaja , halalkan semua sepanjang perkenalan kita nie . saya rasa bertuah sangat dapat kenal awak , muhd Aizat :’)

p/s : ohh yaa , hmm baju awak , jersey semua tue , nanti saya simpan elok elok , saya pulangkan . saya takkan pakai kot . saya tak nak nanti semua tue ‘kotor’ bila saya pakai :’) *saya bukak rantai awak , saya simpan dalam kotak yang sama juga* :’)

kalau saya boleh tukar masa lepas saya , saya akan tukar . tapi saya tak boleh . apa yang saya boleh , cuba untuk berubah . yaa , kadang kadang kejujuran itu menyakitkan . tapi itu lebih baik dari jadi hipokrit . buka hati . buka minda . cari yang boleh terima diri saya seadanya . baik buruk , lebih kurang dan boleh terima saya dari saya yang masa lepas juga saya pada masa depan :’)

*walau saya senyum , saya gelak , saya sakit sangat . sedaya upaya untuk elak bangun pagi dengan mata yang bengkak . oh HATI , be strong . hmm ada sesiapa tak yang nak jadi handkerchief saya ? :’(

Friday, December 21, 2012

saya rasa , comfortable :)

IMAN ,

Saya maybe bukan yang terbaik untuk awak , tapi saya akan cuba yang terbaik untuk awak . saya akan setia dengan awak . saya sayang awak <3
                                                                 
    -KASIH-        19 Dec ’12    1950pm


Saya minta maaf . saya tahu banyak salah silap saya . tapi , tolong faham saya . benda yang awak dah biasa buat for a long time , awak nak ubah dalam masa even seminggu pun , it takes time sayang . need time . need effort . maybe also need some advice . need some guidance . need some motivation . who knows ? so , be my guide-er ?


Saya sayang awak . saya serious dengan awak . not so , but damn much . okeyyy ?


“awak ‘tunang’ saya kannn ? mestilahhhh sayang :P “   -KASIH-

“budak ? awak ‘fiancee’ saya okay ? :) “    -IMAN-


p/s : btw , thanks for lend me your sweater . will never forget that . swear :')

Orang dulu dulu selalu kata ,

“jangan suka sangat . nanti kang menangis”

So , tak pelik lahhhh kalau pagi nie kau tengok kawan kau senyum sampai ke telinga . tiba tiba esok pagi kau tengok mata dia bengkak sebab menangis pula . yaa , even satu saat kat depan , kau takkan tahu apa akan jadi . mungkin kau dah rancang , tapi tak semua yang kau rancang akan jadi . tapi percaya lahhh , setiap apa yang jadi ada hikmah . yaa , itu yang selalu aku cakap kat diri aku sendiri , apa yang jadi PASTI ada hikmah . that’s impossible , thing happens for NO reason . kannn ?

Past is past . so , don’t judge me by my past . okeyy , it’s unfair kalau sebab satu kesalahan yang aku buat , kau hukum aku selamanya . aku tanye , kau siapa nak hukum orang ? kau rasa kau perfect sangat lahhhh ? kawan yang baik akan tegur kawan dia bila buat salah , bukan kau pergi hasut kawan lain jangan kawan dengan aku sebab salah tue . okeyyy sorry , aku tak maksudkan kau , aku cakap open . untuk semua . jujur , aku rindu kauorang semua . rindu sangat .

Tuesday, December 18, 2012

finally :)

NON - EDIT !
dulu biasa , sekarang rapat .
dulu dua , sekarang dah tiga .
dulu hijau , sekarang nak naik biru .
Alhamdulillah :)

lagi 12 hari habis cuti , back to Kedah .
sekejapnyeee masa berjalan :/

p/s : new year . new semester . new hope .
start with , Bismillah :)

Monday, November 5, 2012

Aku manusia biasa .
ada lebih . ada kurang .
ada salah . ada betul .
sama macam kauorang semua .
cuma yang membezakan kita ,
akal dan tindakan kita berdasarkan akal fikiran kita .

p/s : Ya Allah . kuatkan hati aku dalam dugaan ini .
sungguh , aku kerdil disisi-Mu . 

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha :)

"wehh , esok ada kelas Puan Teh . sosiologi dengan medical nursing II"
"what ? wehh , esok cuti kot !"

okeyyy , tue lahhh ceritanya . budak lain dah suka suka duduk rumah balik kampung sambut raya , kami stay kat sini tak boleh keluar , siap ada kelas lagi . dengan assignment pula tue =,=
okeyyyy , face the fact .
PM Shift . balik keje , ada perjumpaan group . ada roll call .
balik bilik . mandi . makan . layan movie sampai 2pagi .
tengok dan tido dengan jeyda dan masssuzanna <3
bangun tido . mandi . pegi kelas . presentation .

tapi seriously , aku salute gile dengan Puan Teh .
dia sanggup , sabar bertahan dengan group kami .
ajar , jaga semua lahhhh .
walaupun , sebabkan satu benda jeppp , dia akan
membebel berjela-jela HAHA
contoh , sebabkan tak perasan lampu tak buka , 15minit dia membebel =,=

kelas tadi pukul 0930pagi .
cafe tak buka and majoriti breakfast milo jeppp .
aku rasa lahhhh .
suddenly , Puan Teh bagi kiteorg sorang satu layer cake nie .
and bagi permission makan dalam kelas :D
so , tiada istilah mengantuk hari nie :)

petang tak ada buat apa .
tengok movie . menari dalam bilik sorang sorang .
makan . tido .
malam baru stadi :D
planning esok nak pegi Sik . nak sangat pegi .
nak melawat makcik tue :')
tapi family nak dtg sini , so tak jadi lahhh .
tak ade rezeki . tak ape .
InsyaAllah ada mase , saya cuba pegi nanti :')

p/s : HAPPY BIRTHDAY , PUAN TEH GIOK MUI !
may God bless you .
and thanks so much for everything :)


end of story , 25 Oct 2012 .

Wednesday, October 17, 2012

otak adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh badan kita .
nak tahu pasal organ penting ini ? come here :)




10 AMALAN YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


10 FAKTA MENARIK TENTANG OTAK


1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.


5 MISTERI OTAK YANG KITA TIDAK TAHU


1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.
Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot.
Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini.

2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar 
Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.

3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.
Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal.Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku seorang penagih ubat tersebut.

4. Otak manusia berwarna kelabu.
Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebaagi jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia.

5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.
Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia. Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.

p/s : menarik kann ? tengoklahhh . Allah cipta kita lebih baik dari sekalian makhluk . jadi , apa kata kalau kita guna otak kita dengan sebaiknya ? berfikirlahh sebelum melakukan sesuatu :)