Thursday, March 21, 2013

S to the A to the H to the A to the B A T ! SAHABAT :)



Dalam dunia nie , macam macam jenis orang kauorg boleh jumpa . bak orang kata 1001 macam kerenah lahhh . kalau musuh buat hal , tak ape lahhh . memang tak boleh nak cakap ape lahhhh kan . tapi kalau dah kawan yang buat , ya Allah , sakit pula hati kita nie . tambah tambah kalau kawan baik , lagi lahhh sakit . makan ubat Morphine , Pethidine ke memang tak berkesan langsung lahhh .

Nak yang macam mana ? kawan tikam dari belakang ? guna pisau ? parang ? lembing ? ke machine gun terus ? ke nak yang kawan makan kawan ? yang makan masak guna stail kukus grill panggang kukus grill panggang kukus ?

Cakap jelahhh . semua ada . paling biasa , paling biasa lahhh kann , yang hipokrit . depan kita cakap lain , belakang kita cakap lain . haa bersepah kau ! tak pun yang tak kenal kau . kenal pun time dia susah je , tak pun time tak ade geng . lagilahhhh bersepah . haa yang lagi satu memilih kawan . nak kawan yang hot je , pandai , perfect semua bagai . tapi diri sendiri tue sebenarnya apa pun tarak . haa yang tue nanti aku hadiahkan cermin .

Useless lahh wehh . nak berkawan tue , biarlahhh ikhlas sikit berkawan . lagi lagi yang banyak tolong kau . bukan lahhh nak minta balasan ke ape ke , Cuma hargai sikit orang . tak payah yang buat baik jelahhh , kita start buat baik dulu tak ape . what goes around , comes around . that’s karma . kau buat baik kat org , org buat baik kat kau . kau respect org , org respect kat kau . ini , kau nak org respect kat kau , tapi kau sikit pun tak respect kat org , memang useless lahhh kannn . lepas tue sakit hati , menyampah , dendam bagai pula bila kena balik kat kita . haihhh , very the sivik-less .

Sebab tue bagi aku , jadi diri sendiri . berkawan dengan semua orang . tak payah nak memilih bagai . yang dah jumpa kawan baru , lupa kat yang lama . hishh ntah ape ape lahhh . kan best kalau ramai ramai kawan ? tapi baik baik lahhh . jaga kekuatan diri . sama ada dipengaruh atau mempengaruh :)

p/s : rindu pula arwah Asyikin . dari dulu niat nak pergi melawat kubur dia , tak sempat lagi nak pergi . InsyaAllah satu hari nanti . semoga arwah dikalangan orang yang beriman . Al-Fatihah .

Friday, March 8, 2013

to the Kuala Lumpur !


Event : Rombongan cik odah ke KL *Keyyy eLL*

Date : 2 Mac 2013 dan 3 Mac 2013

Time : pagi sampai pagi =,=
Aturcara :

2 Mac 2013 (siang)
Berjaya Times Square
Low Yatt
Sungei Wang

2 Mac 2013 (malam)
Uptown , Danau Kota

3 Mac 2013 (siang)

Kuala Lumpur City Centre

3 Mac 2013 (malam)
I-city Shah Alam

Haa amek kau . penuh sepenuh penuhnya jadual dua hari tue . gila kau tak lemau . lembik semua . dah lahhh naik public transport . malam pula aku sorang lahhh drive pepagi buta nuhh . mana taknya . balik sampai dua tiga pagi . yang pegi danau tue , pukul lima pagi baru sampai rumah . orang dah bangun nak subuh , kitaorg baru balik nak tidur . Astagfirullah =,=

Tak ape lahhh . demi kawan kawan yang tak pernah jejak KL nie , aku sangup lahhh bawakkan . sebut jelahhh apa tempat kau nak pegi , aku bawak . tapi tolong dtg sekali lagi wehh , kita pergi Sunway jom . teringin nak main ice skating dengan kauorg ! :)

2 Mac 2013 (with kak iQaberry)

Dalam pukul 10pagi keluar rumah . naik public transport . baru aku tahu , kauorg tak pernah naik train . haa hari nie , naik semua . ktm monorail bagai naik belaka . turun naik train tukar semua rasa . seronok ? HAHA :D kat low yatt serious sesak . aku sampai nak muntah duduk dalam tue . barang aku nak apa pun tak dapat cari . balik Kl terus drive pegi Danau . omgggg , ramai giles orangs . aku tengok dah sakit kepala dah . diaorg boleh pula sakan bershopping . aku jalan dah laju ke depan , tak tengok kiri kanan . diaorg , hmm tak payah cakap lahhh . macam semua kedai diaorg nak masuk . 
*hari nie tak ada banyak gambar sebab semua sakan berjalan . penat . tak ada masa nak pegang camera* :D





muka sebelum pergi :)

muka selepas pergi -..- *plastik*


3 Mac 2013 (with Aida chiqui and ojou Fara)

To the KLCC ! park kereta dekat KTM Serendah . minta tolong my cik abang sayang tolong hantarkan kat KTM Rawang . sebab train Serendah to Rawang tersangatlahhhh lambat . tapi dia hantarkan sampai kat KLCC . thank you so much sweetheart ! :) 

Tapi sebenarnya , dah janji dengan Aida and Fara nak jumpa kat KL Sentral . sebabnya , dua orang budak kecik tue tak tahu naik monorail ! and aku pun , dengan baik hati dan rasa tanggungjawabnya , pegi lahhh naik monorail amek diaorg , then pergi balik KLCC . tapi sebenarnya diaorang tahu , tapi tak sempat nak cakap sebab aku dah naik monorail tue . ya Allah , sabar jelahhhh jemah oi =,=

Then sampai KLCC lepak makan , borak . terus pergi Petrosains . Petrosains ? mesti kauorg gelakk kannn ? sama lahhh macam si mokkk aku tue . apa yang kelakar ? best what ? kauorg dapat lahh tahu benda yang kauorg tak tahu . dari mula masuk sampai end of Petrosains tue ramai juga lahhh yang tegur yang kitaorg nie very the colourful HAHA :D Petrosains tue okeyyylahhh . best . daripada lepak , jalan , tengok wayang tue semua dah boring lahhh =,= 



beza antara barang medical dulu dengan sekarang .
seriously , tengok barang pun tak mampu nak imagine betapa besarnya orang orang zaman dulu =,=

Then , jalan jalan kat luar jappp , capture capture . lepas tue balik . lepak , makan japp kat KL Sentral then balik Serendah , terus drive pergi I-city pula . haa sakan kau bergambar . dalam masa dua jam , lebih 80 gambar . wow , very the photogedik =,= 

friend + ship = friendship :)

pintu gerbang ke Sultan of Sciences :)

kaleidoscope mirror *betul ke aku eja nie ?
-,- *

beware with us ! Aummm :D

nampak mcm real tapi act pembiasan cahaya sahaja :)


nak rasa macam mana gempa bumi ? come and sit here :)

lunch at Food Court :)





geng 150cm VS geng 160cm 


sorry , saya memang over ! HAHA -,-











Okeyyy , terima kasih lahhh sebab datang . sebab kauorg dtg lahhh , aku tak ada masa pula nak dating dengan cik abang sayang aku =,= HAHA tak lahhhh . sebab kauorg dtg lahhh , aku lepak KL dgn kauorg . kalau tak , mesti aku dok tidur makan tengok tv je dekat rumah :)

Last but not least , maaf atas semua kekurangan atau salah silap dehh . nanti lain kali datang lahhh lagi . hope kauorg enjoy cuti kauorg nie haa . and aiskrim goreng yang ibu aku buat yang kauorg nak sangat tue haa . aku nak buatkan , aku pun tak ada masa HAHA :D harap kauorg pun buat lahhhh aiskrim goreng macam aku ajar tue . penat aku bagi cara nak buat . ohh yaa , tambah lagi . balance roti yang kauorg buat aiskrim goreng tue , kauorg boleh buat roti telur taw . 

caranya , kauorg potong kecik kecik roti tue . then potong bawang putih potong dadu . telur ikut kauorg lahhh banyak mana . campur dengan black pepper , garam then pukul sampai sebati lahhh . lepas tue nak masak pula . masuk bawang putih sampai garing sikit , then masuk telur terus masukkan roti pula . gaul sampai semua rata . okeyyy buat taw ! then give me your feedback . kbai :)

*no picture shown for the last scene*


tempat kedua senam seni dimenangi oleh . . . . .  SEMESTER TIGA !

terus bergema jerit pekik semua orang group kitaorg HAHA aku pun dok kalut jerit lompat lompat , sekali kena tolak keluar pegi ambil hadiah . wehh nak tersadung aku haa ! hadiah apa ? buah – buahan ! yeayyyy gaya hidup sihat belaka =,=



berbaloi ? yeahh ! kononnya tak menang pun tak apa lahhhh , janji dapat buat yang terbaik . and one more thing , emm , okeyyy tak boleh bagitahu :P 

setiap malam berlatih . 2130 until 0000 sometimes . kalau cuti , bantai sampai 0030 . takpun 0100 terus . setiap kali break dalam kelas , buat belaka . take five pun sama . mmg nampak sangat lahhhh kann bersungguhnya tue :D kan bagus kalau stadi pun macam nie =,=

tapi juri kata , kumpulan kitaorg ada potensi nak number satu . Cuma sebab satu je yang buat markah kurang sikit . iaitu , suara conducter tak berapa nak dengar . suara siapa ? hell yeahh , suara aku lahhh tue . suara cyka kuat dahh , sampai aku je , sayup sayup kata diaorg . wehh serba salah lahhh juga . tapi gila kau , sedaya upaya dah aku keluarkan suara aku . sampai serak serak dah dekat hujung hujung tue . tapi nak buat macam mana , betul kot kata diaorg . suara aku mmg slow punnn , tennis court tue pula mmg besar , dengan speaker yang kuat kat belakang . hmm lega lahhh sikit hati aku :’)

to Akak – Akak 1/2010 , maaf , kami curi step sikit HEHE :) 

muka paling bahagia , CYKAAA ! HAHA :D
CONDUCTER ! *pewwwittt* :D

performed by : 

Alia Nur Shafiqah Adnan
Nur Syahida Afini Azman
Siti Zuraida Mohd Nasir
Nik Rasima Nik Leh
Noor Mass Suzanna Mohd Nawi
Siti Maisarah Md Tahir
Fatin A’isyah Khairuddin
Nuraddira Anina Ruzman
Nur Shafiqah Sopian Sori
Nur Hatika Abu Bakar

Monday, February 18, 2013

February 19th , 2013


Fuhh fuhh ! berhabuk ! *haacumm* amek kau . sampai bersin haa ! okeyyy , itu over namanya -..- 

Assalamualaikum ! so , apa khabar semua ? harap semua sihat . saya ? saya sihat , Alhamdulillah :)

Lama nak update blog , tapi selalu tak ada masa . hell yeah , serious gua busy bhai . dengan study , dengan aktiviti kolej , assignment berlambak lambak nya . niat nak stadi dua jam setiap malam , sokmo tak jadi sebab busy . haa serious nie . okeyyy , salah sendiri . siapa suruh join semua tue ? okeyyyy fine , lepas nie , kurang aktiviti kolej ! azam semester tiga -..- *padahal confirm susah nak elak . dengan kehendak sendiri yang nak , dengan pujuk rayu kawan yang ajak . omg omg omg* serious , aku suka tarian . aku suka senam seni . aku suka senamrobic . tue yang susah nak elak =,=

So , semester nie bagi aku , bagi aku lahhh kan , a little bit tough . bukan sebab subjek susah , tapi keliru . subjek senang *senanglahhhh sangat -..-* , interested *sebab banyak pasal ladies and babies :)* tapi keliru . antara gynae dengan obstetric , antara medical dengan surgical . bilangan subjek , subtopic banyak as usual , tapi masa belajar singkat . guess what ? chapter banyak , masa teori dua bulan sahaja . DUA BULAN SAHAJA ! practical tiga bulan . oh myyyyyy -,-“  Ya Allah , kuatkan lahhhh aku menghadapi segala ujian nie Ya Allah !

Feeling and relation ? hmm yeah , aku dengan Amirul Ashraf balik . macam mana jadi ? entah . ada hikmah kot :’) tengok mama dia pun macam okey , ibu pun okeyy . adik semua pun okeyyy . diba the most excited . tak habis habis dengan ayat ‘abang aku kan’ dia tue =,= okeyyy , tak nak terlalu berharap sangat . pengalaman lepas kita jadikan pengajaran . focus more to study ! ehh , more focus to study !

“ naik pip biru bukan bermaksud boleh naik kepala , tunjuk senior dekat junior , boleh berbangga sampai lupa keadaan sekeliling . tapi bagi aku , aku bangga sebab aku mampu melangkah ke depan . and I really hope that I can step forward more and more and more sampai aku graduated ! stay still in group 1/2012 . tak nak turun , tak nak jatuh , tapi nak bergerak seiring kauorang semua :) ”

p/s : #np There’s she goes – Taio Cruz feat Pitbull *fav-ever-after* walaupun lagu dah lama -..-


Yeah She'll Grab You By The Hair And Make You Scream And Shout
She'd Like To Chew You Up And Then She'll Spit You Out
She's A Pop Star, Rock Star
Fighter, Lover
Oh No Don't Think That girl a lighter, she Don't Give A What
Yeah She Likes To Play With Fire And She Burns It Up
She's A Thriller, Killer,
Dance floor Filler


maaf , saya pantang dengar lagu nie . tangan kaki badan semua gatal nak bergerak . uncontrolled . maaf :)

ohh yaa , senam seni saya hari ini . wish me luck , guys ! :)

Saturday, December 22, 2012

apa apa , saya terima :')

betul lahhh kata pepatah , “ku sangkakan panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari” :’)

tak apa . saya faham . jangan risau , saya akan cuba untuk faham . betul tindakan apa yang awak buat . okeyy , mungkin bukan satu masalah bagi awak sama ada layak atau tak , tapi itulahhh yang saya rasa . saya rupanya tak layak untuk awak . tapi percayalah , “kawan” yang awak cerita kat saya tue beribu malah berjuta kali lebih layak untuk awak berbanding diri saya nie . daripada kita pergi lebih jauh tapi tak ada apa yang terhasil , lebih baik saya ambil satu keputusan yang mungkin bagi awak salah tapi mungkin betul masa akan datang nanti . saya tak nak nanti kita lebih sakit . cukuplah apa yang saya rasa sekarang . kalau boleh dibayangkan apa saya rasa , tak banyak beza . hati saya rasa sakit sebab berdebar setiap kali nak jumpa awak sampai saya tak pasti berapa kali saya masuk keluar tandas , tapi sekarang hati saya rasa sakit sebab saya terpaksa paksa diri saya untuk tahan nangis . apa yang saya mampu buat Cuma , tarik nafas dalam dalam dan lepas , tarik nafas dalam dalam lagi dan lepas . berulang kali sampai apa yang saya dapat , saya menangis juga . but I keep telling you , “saya okay” and “jangan risau , I’m fine” and “tak apa. saya faham . sangat faham”

saya tak tahulahhh apa yang patut saya buat sekarang . go on study , tak payah fikir langsung pasal semua nie . yeahh , LANGSUNG . itulah apa yang saya fikirkan . jangan risau . nanti saya tukar number . saya takkan bagitahu awak , and takkan contact awak dah . walaupun saya yang rasa sakitnya macam mana . asalkan , benda nie boleh bahagiakan awak . yeahhh , anything , as you wish :’)

awak , jaga diri dekat sana . saya takkan lupa awak , takkan lupa semua nasihat and pesan awak tue :’) awak jaga diri , jaga hati , jaga mata , jaga iman . jangan risau , walaupun saya macam ‘budak tadika’ tapi saya dah tahu jaga diri saya . terima kasih :)

okeyy , terima kasih untuk semua . maafkan salah silap saya sebelum nie , mungkin sengaja atau tak sengaja , halalkan semua sepanjang perkenalan kita nie . saya rasa bertuah sangat dapat kenal awak , muhd Aizat :’)

p/s : ohh yaa , hmm baju awak , jersey semua tue , nanti saya simpan elok elok , saya pulangkan . saya takkan pakai kot . saya tak nak nanti semua tue ‘kotor’ bila saya pakai :’) *saya bukak rantai awak , saya simpan dalam kotak yang sama juga* :’)

kalau saya boleh tukar masa lepas saya , saya akan tukar . tapi saya tak boleh . apa yang saya boleh , cuba untuk berubah . yaa , kadang kadang kejujuran itu menyakitkan . tapi itu lebih baik dari jadi hipokrit . buka hati . buka minda . cari yang boleh terima diri saya seadanya . baik buruk , lebih kurang dan boleh terima saya dari saya yang masa lepas juga saya pada masa depan :’)

*walau saya senyum , saya gelak , saya sakit sangat . sedaya upaya untuk elak bangun pagi dengan mata yang bengkak . oh HATI , be strong . hmm ada sesiapa tak yang nak jadi handkerchief saya ? :’(

Friday, December 21, 2012

saya rasa , comfortable :)

IMAN ,

Saya maybe bukan yang terbaik untuk awak , tapi saya akan cuba yang terbaik untuk awak . saya akan setia dengan awak . saya sayang awak <3
                                                                 
    -KASIH-        19 Dec ’12    1950pm


Saya minta maaf . saya tahu banyak salah silap saya . tapi , tolong faham saya . benda yang awak dah biasa buat for a long time , awak nak ubah dalam masa even seminggu pun , it takes time sayang . need time . need effort . maybe also need some advice . need some guidance . need some motivation . who knows ? so , be my guide-er ?


Saya sayang awak . saya serious dengan awak . not so , but damn much . okeyyy ?


“awak ‘tunang’ saya kannn ? mestilahhhh sayang :P “   -KASIH-

“budak ? awak ‘fiancee’ saya okay ? :) “    -IMAN-


p/s : btw , thanks for lend me your sweater . will never forget that . swear :')

Orang dulu dulu selalu kata ,

“jangan suka sangat . nanti kang menangis”

So , tak pelik lahhhh kalau pagi nie kau tengok kawan kau senyum sampai ke telinga . tiba tiba esok pagi kau tengok mata dia bengkak sebab menangis pula . yaa , even satu saat kat depan , kau takkan tahu apa akan jadi . mungkin kau dah rancang , tapi tak semua yang kau rancang akan jadi . tapi percaya lahhh , setiap apa yang jadi ada hikmah . yaa , itu yang selalu aku cakap kat diri aku sendiri , apa yang jadi PASTI ada hikmah . that’s impossible , thing happens for NO reason . kannn ?

Past is past . so , don’t judge me by my past . okeyy , it’s unfair kalau sebab satu kesalahan yang aku buat , kau hukum aku selamanya . aku tanye , kau siapa nak hukum orang ? kau rasa kau perfect sangat lahhhh ? kawan yang baik akan tegur kawan dia bila buat salah , bukan kau pergi hasut kawan lain jangan kawan dengan aku sebab salah tue . okeyyy sorry , aku tak maksudkan kau , aku cakap open . untuk semua . jujur , aku rindu kauorang semua . rindu sangat .