Tuesday, September 3, 2013

kebelakangan nie , banyak nampak perubahan . 
mostly dari segi relationship . 
kawan kawan terutamanya 
kalau fikir positif , Alhamdulillah .
cuma satu .
harap tak jadi macam aku dulu :')
berubah kerana seseorang .
bukan niat kerana Allah .
Allah .
kalau salah niat tue , tak lama perubahan tue .
hmm teringin juga nak relation yang 'yang dulu'
tapi ntah 
masing masing tak kuat .
nak salahkan syaitan yang hasut ?
tak . salah diri sendiri .
dah tahu iman tak kuat ,
kenapa tak usaha buat sesuatu untuk kuatkan ?
malas ? nak salahkan syaitan juga ?
sayang , memang itu kerja syaitan .
kerja kita , lawan .
ini bukan semua poyo nak berlagak baik .
tapi nie kenyataan .
selalu doa selepas solat ,
mohon Allah bagi kekuatan untuk lawan semua godaan syaitan .
tapi ,
solat pun tempang .
Astagfirullah .
terlajak subuh , ada kau ganti ?
keluar outing , ada kau zohor asar maghrib isyak ?
alasan ,
"mekap tebal nie . sayang nak basuh"
"seluar pendek lahh . tak tutup aurat"
:')
kadang kadang , aku pun sama .
ehh sangat sama lahhh .
serupa macam cakap dengan cermin nie haa .
tapi itulahhh ,
dalam proses . dalam progress .
yang ntah bila nak siapnya .
terasa juga dalam hati nie ,
nie dah akhir zaman ,
bila nak berubah nie .
hmm InsyaAllah , dalam proses .
mohon diberi kekuatan :')

p/s : nasib masing masing tengah belajar .
jauh jauh pula tue .
kalau tak , 
memang wajib kahwin dah nie :')