Tuesday, May 22, 2012

Hati Ini ,

hari ini , aku tak tahu kenapa . aku sensitif sangat . sikit nak nangis , sikit nak nangis . aku sendiri tak tahan . tidur tak lama , tak sampai maghrib . selalunya azan maghrib baru aku tersedar . astagfirullah hal azim . lepas maghrib ,  baca alQuran . lama tak sentuh . sejak dah dapat cuti , dah jarang baca . tadi baca  Ya Allah . mesti teruk kena dengan ibu . sangat teruk bacaan aku . rindu macam dulu . lepas sembahyang maghrib ikut turn mengaji dengan ibu . salah sikit kena cubit . sampai tersedu sedu :') tapi Alhamdulillah . kalau ibu tak buat macam itu , mesti lagi teruk bacaan aku . ingat balik cuti nanti nak buat macam itu balik lah . tapi takut . takut kena marah . malu lah dengan adik nanti . hehee .

aku tahu aku teruk , tapi semua orang ada kelemahan . tak semua orang sempurna selainNya . aku cuba untuk berubah . seriously , aku cuba . aku hodoh , aku bodoh . aku tak paksa kau kawan dengan aku . tapi aku ada hati . ada perasaan . tolong lah faham . ya , mungkin ini balasan aku , tapi cukup lah . aku tak nak dah gaduh dengan kau . benda tak ada kaitan dengan kau , aku pula yang kena . lagi orang yang bagitahu . aku yang malu . macam aku yang buat hal , sedangkan aku tak maksudkan kau langsung . okey , maaf . maaf buat kau terasa .

roomate . Alhamdulillah . aku bersyukur dapat kawan macam dia . aku tak nak tukar roomate sampai aku habis belajar . dari hari pertama , dia lah jam loceng aku . kejut aku pergi kelas . kejut aku pergi kerja . kejut aku sembahyang subuh . kejut aku suruh stadi . kejut aku bila dah masuk maghrib . sampai sekarang . bukan aku malas bangun , cuma aku tak sedar . dia lah tempat aku belajar sama . dia lah tempat aku nak bercerita . pasal kerja . pasal pelajaran . pasal kawan . pasal teman . pasal peribadi . dia lah yang selalu tegur aku . pasal solat . pasal aurat . pasal pergaulan . pasal percakapan . aku suka cara dia tegur . tak memaksa , lembut . paling aku suka , bila dia post apa apa status dia berkaitan Agama dekat facebook , mesti dia cerita dekat aku . tak kisah laa sama ada pasal pergaulan atau persahabatan atau percakapan . Terima Kasih , Kakak :D

kerja . ajar aku apa pentingnya kesihatan . apa pentingnya penjagaan . cegah lagi baik dari merawat . keluarga , kawan kawan , jaga kesihatan . aku tak nak jaga kauorang kalau kauorang dekat hospital . so , jaga kesihatan elok elok . jangan masuk hospital . jadi macam ibu . buat air macam kat rumah tak ada gula . dulu bising aku komplain . sekarang baru sedar kebaikannya . jadi , kurangkan lah manis dalam pengambilan makanan dan minuman . lebihkan dalam senyuman , bukan percakapan . ayah , tolong lah berhenti merokok . Along tengok orang yang sakit dekat sini pun along dah kesian . Along tak nak ayah jadi macam itu . dah lah buang duit , bagi sakit pula itu . kalau ayah hisap dalam rumah pula , bukan ayah saja yang kena , ibu , angah , dibaa , acik , anoi , luqman pun boleh kena . biar seksa masa nak berhenti . jangan seksa masa sakit nanti .

aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang . cuma , aku rasa lebih tenang . Terima Kasih .

Monday, May 21, 2012

22 MAY 2012 ♥

nothing to post 
saja nak make sure kan 
tarikh nie ada dalam blog aku .

Saturday, May 19, 2012

two weeks moreee :D

tiket bas dah beli ? 
yeayyyy ! :D
31hb May , 2012 , 1600pm .
hell yeahh , tak sabar .
excited gileee .
HAHA :D
 dengar cerita , result exam nak keluar .
keluar time event farewell tue haa .
aigoo . janganlahh .
buat spoil mood jep .
takut laa kne stay nanti , repeat paper .
burn tiket , kan membazir tue ?
janganlahh ehh ? 
okey terima kasih :)
HAHA macam dapat jep :D
apa apa laa , minta aku lulus semua .
AMINNNN .

p/s : ibu ayah , saya banyak planning nie .
almaklumlaa , cuti 28hari jep .
harap faham ;D

Friday, May 18, 2012

a little silly things ,

aku nak sangat text kau .
aku nak sangat call kau .
aku nak sangat kita jadi macam dulu .
tapi ,
it won't be happen .
so , just let go .
let go .
let it go .

p/s : malam nie tido pakai baju dia .
baju last day jumpa .
before dia masuk sana :')
seriouslyy , nanti aku pulangkan ehh ?

Wednesday, May 16, 2012

14-more-days-to-go-and-i-can't-wait !

insyaallah , 1hb June aku balik .
and 29hb June aku dah ada dekat kolej .
sebab adik junior baru masuk 1hb July :D
and we need to sambut mereka .
so , WELCOME to 
kolej kejururawatan sungai petani :)

aku bukan nak cerita pasal tue laa -.-
aku nak cakap , sumpah aku tak sabar .
tak sabar nak balik .
seriouslyyyyyyyyyyyyy -.-
nanti aku nak minta ibu masak macam macam .
HAHA :D
and aku rindu boyfie aku . rindu gilee .
balik nanti aku nak peluk cium dia .
boyfie aku tue , nama dia ,
LUQMAN NUR HAKIM :D
hahaa . kena tipu . 
tue adik aku laa :D
and then , aku nak keluar 
dengan si dibot dengan liyanot tue .
pegi mane ? ntah .
janji aku keluar .
dengan bf ? maaf ,
saya forever alone :')
then , aku nak lepak SR .
nak keluar dengan kak ros , kak cuna ,
kak xera , kak sara , kak risya ,
kak aini , kak seha , ali :D
nak sangat tengok midnight movie macam dulu :)
then , aku nak jumpe wan and adli .
ntahhh , rase nak jumpe .
padahal diaorg bukan penting punn 
HAHA :D
yang si wandung tak habis minta aku belanje -.-
ingat aku mesin ATM ? HAHA :D
nanti laa , insyaallah .
then ? errrr
planning bukan main -.-
okey laa . tue jep . kbai :D

p/s : ibu , nak makan mee bandung laa ;)


seriouslyyyyyyy !
aku rindu sunway pyramid :')

Monday, May 14, 2012

i'm sooo proud to be a NURSE :)


assalammualaikummmm :) nak tanye nieee .
kauorg rase laa kan , rase laa kan ,
kauorg boleh jaga mak apak kauorg tak bila diaorg tua nanti ?
ntah laa . well , aku just terfikir lepas tengok patient tadi .
sibuk tanye mane anak dia , mane cucu dia .
"depa suma tak kesian kat aku kaa?"
balik balik cakap bende tueee jep .
asyik dok ulang ulang cakap ,
"tak larat dah , tak larat dah .
laailaa ha illallahh laailaa ha illallahh"
aku takut , serious aku takut .
aku pegang tangan dia kuat kuat .
tibe tibe aku dengar macam bunyi orang selsema .
okey , kawan aku dok ngalir ayak mataa dia pulaa -,-

p/s : ibu ayah , tolong jaga kesihatan baik baik ehh ?
insyaallah , along tak jadi macam tue .
and kalau angah dibaa acikk anoii oman 
jadi macam tue , siap laa depa ! :'D

#yang baik jadikan pengajaran . ikhlas dari hati :)

Sunday, May 13, 2012

Saturday, May 12, 2012

it's okey it's alright

lepas dia , kau pula ?
tak apa laa .
aku sedar diri .
tak ada siapa nak kawan dengan aku .
aku boleh survive laa
seorg seorg :)
okey ?
sorry for troubling you so much 
troubling ? -,-
okey take care .
thanks for everything .
byee :)

farewell :)

theme : beauty with brainssss :D
okey , kakak senior sem6 dah nak balik 
mesti rasa sunyi aras5 nanti 
okey , aku join dance masquerade 
persembahan by sem untuk sem1
ada yang tanya ,
"tak ada muka lain ke selain kau ?"
okey , saya suka , saya masuk laa
tak suka , nanti tak payah tengok 
preparation ?
K-POP for sure 
aku pun tak faham kenapa semua gile-k-pop
okey , baju ?
kemeja , vest , seluar slack , topi koboi ? -,-
ouh yeah , bowww tie 
dah tengok dance dia macam mana 
memang kurus laa aku nanti
ouhh , itu sahaja . kbai

p/s : program KIK , saringan sukan , 
persembahan farewell nie haa ,
practical lagi .
aigoo -,-

Friday, May 11, 2012

ya Allah , sakitnya :')

jangan cakap kau sayang , 
kalau kau tak .
jangan cakap kau cinta ,
kalau kau tak .
aku yang sakit , bukan kau .
mana nta janji kau dulu .
terbang ? hilang ?
tak ape laa .
aku yang salah sebab berharap .
yaa , aku patut sedar aku siapa .
tak layak dah dengan kau .
ramai cakap dengan aku ,
"kau cantik . ramai yang nak"
memang . ehh , nta . ehh , tak .
tapi aku tak nak .
aku nak kau .
kau seorang .
seorang .
tapi kau , 
dah ada orang lain .
and i was like @#$%&!
baru berapa minit lepas kau cakap
"i love you , i miss you"
suddenly , "saya dah ada org lain . sorry"
wehh , hati aku fragile .
bukan kebal :'(
sukanya kau main hati aku .
macam bola rugby kau .
macam game futsal kau .
astagfirullah hal azim .
tak ape laa wehh .
aku kuat .
kau ingat tak ,
kau bagi aku bebear , kau cakap ,
sebagai ganti diri kau .
then aku cakap , kau bear laa kan ? :')
aku superman .
sebab aku bagi kau superman ,
sebagai ganti diri aku :'D
yeahh , aku suka superman .
aku nak kuat macam dia :')
boleh kan ?
ehh , dah laa .
last nak cakap nie ,
kau , terima kasih :')

p/s : MA , sorry call pagi pagi buta pukul 043+am
i just need someone to talk .
and now i rasa lega sikit .
terima kasih :')



Thursday, May 10, 2012

two more to go baby ! :D


see see ? semangat :D
yeayyy , lepas paper esok nak keluar .
seriouslyyyyyy -,-
nak release tenson nie .
dekat dua minggu or tiga minggu tak keluar .
and i was like ? ! -,-
okey , dua paper lepas dah .
alhamdulillah boleh jawab ^^V
dua paper lepas laa yang aku failed dulu .
and this time , pleaseeeee !
tak nak fail !
aku nak balik :D
okey , esok ade paper pagi .
petang keluar :D
sabtu cuti and stadi laa sehari tue 
untuk paper hari ahad -,-
yeahh ! then sambung practikal balik .
sukenyeeee -,-

p/s : gila ape program KIK nak buat time cuti sem ?
kalau aku tahu , aku tak masuk .
kfine -,-

Wednesday, May 9, 2012

A ,

i tak tahu wether you baca blog i nie or tak ,
tapi i tak tahu , i rasa macam tue .
okey , sorry pasal post kat bawah .
seriously , i didn't mean it .
bukan tak ade ape ,
cume nak dibandingkan dengan 
cinta-dua-tahun-lebih i ,
susah nak hilang rasa tue .
it takes time :')
sorry , and i didn't mean it .
seriouslyyy .

p/s : A can be anyone .
it can be Adli , Asif , Aiman or Anyone-else laa .
jangan terasa :D
*tetibe keluar name name classmates aku dulu -,-

Monday, May 7, 2012

let bygone be bygone :')

tak tahu nak cakap apa .
awak text saya .
serba salah ye , suka pown ye .
tapi tak perlu kot .
orang lain ? hmm .
he is more than friend less than lover .
bukan saya replace awak ,
tapi ini untuk kebaikan awak dan saya .
awak faham kan ?
cukuplah , saya tak mampu dah nak tahan .

p/s : awak , saya tengah final nie .
jangan kacau saya dengan bende remeh nie ehh ?
i'm still love you but i just can't . . . 

alkisah final exam -,-

ouh yeahh . sekarang finalexamfever .
okey , sangat kritikal .
sebabkan midterm punye result , not so good ,
so , final MUST-BE-SO-GOOD !
aku tak nak stay sini semata mata nak repeat paper okey -,-
anatomy and physhology .
paper first dan nie laa subjek paling tough .
alhamdulillah berjalan lancar :D
rasa agak yakin laa jawab berbanding midterm dulu .
tapi MCQ , objektif laa , agak hancuss .
kerana ? jawapan banyak yang mengelirukan .
okey , yang lepas jangan dikenang .
so , esok microbiology pula .
infection , antigen , immunity , bacteria , vitaminsss bagai .
nie laa paling aku lemah nak ingat .
apatah lagi name bakteria and penyakit penyakit .
redha laa esok -,-

p/s : pray for me yaa ? :'D