Friday, February 18, 2011

ouh SHISHA -.-"



Hookah, shisha, rokok sama bahaya

Utusan Malaysia 05 Julai 2007

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau yang lain.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ia tidak boleh dijadikan alternatif atau gantian kepada rokok kerana air hookah sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru dan jantung.
Menurutnya, WHO dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan hookah atau shisha tidak selamat untuk digunakan.
‘‘Penghisap hookah biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Masa
‘‘Mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap,” katanya.
Soi Lek berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, perbuatan berkongsi paip hookah juga boleh membawa risiko penyakit berjangkit termasuk tuberculosis (tibi) dan hepatitis.
Yang membimbangkan beliau, amalan menghisap hookah semakin popular di kalangan belia kawasan bandar di negara ini.
‘‘Setakat ini masih belum ada kajian penggunaan hookah di negara ini namun diketahui secara am bahawa ia (hookah) dihidangkan kepada pelanggan di gerai malam, restoran, hotel dan kelab-kelab tertentu di bandar-bandar besar,” ujarnya.


Ramai remaja ketagih shisha

Utusan Malaysia 02 Ogos 2009


TELUK INTAN 1 Ogos - Usaha pemilik sebuah warung makan di Kampung Bahagia dekat sini menyediakan shisha sebagai daya tarikan pelanggan, sebaliknya memberi kesan negatif apabila ia mengundang perasaan gelisah ibu bapa terhadap fenomena berkenaan.
Shisha atau lebih dikenali sebagai ogah di kalangan penduduk kampung adalah sejenis bahan pelbagai perisa yang dihisap bagi menggantikan rokok atau cerut begitu digemari ramai terutama golongan remaja.Pemilik warung makan berkenaan, Azaman Sarani, 47, berkata, dia mula melakukan kelainan dengan menyediakan ogah di warungnya sejak sebulan lalu.
Katanya, sebanyak enam unit ogah disediakan di warung itu yang beroperasi dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Ibu bapa pula berasa bimbang kerana pelanggan yang datang kebanyakannya adalah remaja kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kesan negatif seperti merokok, selain percampuran air liur kotor berkongsi paip penghisap.
Dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10 seorang, para remaja terbabit akan duduk berjam-jam di warung itu untuk menghisap shisha secara bergilir-gilir.
Seorang bapa, Zanai Yusuf, 52, meminta pihak terbabit bertindak menghentikan segera aktiviti itu berikutan ramai remaja terpengaruh untuk menghisap shisha.
''Mereka menghisap shisha secara terbuka dan ramai remaja di bawah umur sekarang ketagih menyedut ogah," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Seorang remaja, Johari Jamal, 11, mengakui dia sudah mula ketagih menyedut ogah setiap hari kerana setiap sedutan asap itu didakwa memberikan kepuasan kepadanya.


fakta dan mitos tentang shisha 
(*bahasa indonesia )


Shisha atau disebut juga hookah merupakan alat penghisap tembakau yang berasal dari India. Penggunaan alat ini populer di Timur Tengah, dan menyebar ke seluruh dunia.

Bentuk alat ini mirip lampu minyak, dengan tabung utama yang terhubung ke sejumlah pipa penghisap. Papan pemanas berisi bara api terdapat di bagian paling atas, berfungsi untuk membakar tembakau.

Tabung utama biasanya terbuat dari kaca, dan berisi air sebagai filter. Karena filternya berupa air, maka muncullah anggapan bahwa shihsa lebih aman dibandingkan rokok filter.

Dikutip dari Live Science, Senin (31/5/2010), sebuah penelitian di Inggris berhasilmementahkan anggapan tersebut. Penelitian yang dilakukan tahun 2009 itu dimuat dalam American Journal of Preventive Medicine.

Menurut penelitian tersebut, shisha justru menghasilkan asap lebih banyak dibandingkan rokok. Akibatnya, karbon monoksida (CO) yang terhirup lebih banyak dan bisa menyebabkan sesak napas.

Kadar nikotin pada shisha juga tidak lebih sedikit meski difilter dengan air. Secara umum risiko kesehatan yang dihadapi saat menghisap shisha sama besarnya dengan rokok biasa, termasuk kanker paru-paru serta gangguan kehamilan.

Oleh karena itu, pikirkan sekali lagi jika masih menganggap shisha lebih aman dibandingkan rokok. Berikut ini adalah 4 mitos paling populer di kalangan pengguna shisha, dikutip dari Live Science, Senin (31/5/2010).

Mitos: Shisha menghasilkan nikotin lebih sedikit dibandingkan rokok biasa.
Fakta: Penelitian di atas membuktikan, shisha maupun rokok biasa menghasilkan nikotin dalam kadar yang kurang lebih sama. Kalaupun ada perbedaan, itu tergantung pada tembakaunya dan biasanya shisha justru menggunakan tembakau terbaik dengan kadar nikotin lebih tinggi.

Mitos: Asap yang lebih tipis menunjukkan kadar racun pada shisha lebih kecil.
Fakta: Asap yang tipis pada shisha disebabkan oleh kelembaban yang tinggi, karena adanya air. Kadar racun tidak terpengaruh oleh ketebalan asap.

Mitos: Air di dasar shisha berfungsi sebagai filter racun.
Fakta: Dalam jumlah sangat kecil, memang ada racun yang terjebak dalam air. Tetapi jumlahnya tidak signifikan untuk menekan risiko kesehatan yang bisa muncul.

Mitos: Tembakau dengan rasa buah-buahan yang sering digunakan dengan shisha memberi manfaat bagi kesehatan.
Fakta: Fungsi bahan perasa yang digunakan hanya untuk aroma, sedikitpun tidak memberi manfaat bagi kesehatan.



3 comments:

  1. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. Shisha

    ReplyDelete
  2. The information you have posted is very useful. The sites you have referred was good. Thanks for sharing this: Shisha

    ReplyDelete