Tuesday, June 21, 2011

iloveyou , amera zulaikha -.-"

balik tu lepas dah hantar kawan kak ros , sheda mula mengedik nak drive ==" swear aku tak sedap hati , kaki dia sampai atau tak tu menjadi keraguan . dah lah budak ni tak bawa spect dia . dia ni dah lah rabun and rabun silau . dah lah malam . and dia baru je lagi lepas test JPJ . if siang lain cerita lah , ini malam . then dekat jalan entah mana mana yang dia tak pernah bawa pula tu . aku duduk belakang yang tadi mengantuk gila , terus segar mata aku ni sambil tergigit jari sambil jerit jerit sentap takut ! even duduk belakang , kaki aku ni budget tertekan tekan brek bila dia laju .

mana yang kena brek dia main jalan , yang kena laju dia pelan , bila tak ada kereta kat lane sebelah dia sebuk himpit kiri sampai nak ke tanah , bila ada lorry besar kat kanan , masa tu lah dia nak himpit kanan . imagine aku kat belakang ni dah macam macam benda aku pegang , dah macam macam cara aku jerit ! 

mula , kak ros nampak macam sheda bawa macam tension semacam je kan . . so kak ros suruh sheda relax letak lah tangan macam ni kak ros cakap kat dia . yang dia ni boleh pula pergi pandang tempat kak ros tunjuk tu . back of my mind "kenapa lah rasa macam ada dua lampu terang sangat menghala kitaorang ni" . . GAHHH ! TRAILER BESAR ! !sheda tadi pandang kat apa kak ros tunjuk sampai kereta dah masuk lane sebelah pun dia tak sedar . *okay , here's the thing . selalu if sheda ni tengok sebok pandang or sebok texting , orang jerit ke apa ke dia dah lama sikit baru cakap "apa ?" . luckily , hari tu masa jerit dia cepat cepat pandang . kak ros apa lagi tarik stering tu ke kiri pula  . . GAHHH ! PARIT BESAR ! ! dalam otak aku " trailer besar or lorry besar , mana satu yang nak kena rempuh ni , mana satu lagi selamat if rempuh . . haishh , dua dua memang antara hidup dan mati ni " *first time , aku dalam waktu panic macam ni pun still mampu befikir ==" **SILA IMAGINE** aku dari sit belakang dengan suddenly je campak phone , jump pergi depan , tarik stering bagi center jalan balik . terhuyung hayang kereta tu ke kanan ke kiri . masa terke kanan tu macam nak langgar trailer tu balik , ke kiri nak masuk parit pula . at last , kereta dah kat center . then cepat cepat suruh sheda bagi signal ke kiri , berhenti tepi jalan . 

masa tu kepala terus migrain , berpeluh peluh , jantung dup dap dup dap 100 times laju dari biasa . tarik tarik nafas macam tak bernafas . . terdiam je semua . . . .yang penting , sheda macam steady je .apa ke gila budak ni ? ? ? and yang paling paling penting , dia tak nak mengalah , dia nak bawa lagi . . hip hip hoorayy =="

tengah aku macam tu sesak nafas , tengah gelap gelita masa tu . . aku pun pandang kiri , pandang luar tingkap . GAHHH ! ! ! MAKKK ! !aku ingatkan hantu bagai . rupanya ada mak cik pakai tudung labuh warna putih lalu kat tepi kereta . then kak ros pula terpandang luar tingkap , reaction dia pun sama macam aku , menjerit bagai tak tentu hala sebab nampak mak cik tu . kata kak ros " mak cik ni memang nak kena , jatuh rock aku ! "


perghh . bukan maen leman lagi kau cerita kan ? macam ape da aku nan kak ros gelak . da laa perot full kenyang nan mampuihh tahap nak meletop . hahaa . i love part time nenek tua tue . hahaa .nnt kua lagi jom . nak ? hahaa

No comments:

Post a Comment