Thursday, September 20, 2012

A Gift of Life :)

A Gift of Life ? 
mesti kauorg tak biasa dengarkannn ? kalau nak tahu , nie lahhh tagline untuk 
Pusat Sumber Transplan Nasional . iaitu , penderma organ .

TAHUKAH ANDA ?

- Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai jumlah pesakit yang mengalami kegagalan akhir buah pinggang  teramai di dunia dan separuh daripada mereka boleh diselamatkan dengan menjalani pemindahan buah pinggang .

- Kadar pendermaan organ selepas kematian di Malaysia adalah 0.7 pmp (per juta penduduk) berbanding 4.5 pmp di Arab Saudi , 4.0 pmp di Qatar dan 2.9 pmp di Iran .

- Seseorang yang mendermakan kesemua organ dan tisunya boleh menyelamatkan nyawa lebih daripada 8 orang pesakit !

- Pendermaan organ di Malaysia telah bermula sejak tahun 1970-an , namun sehingga kini jumlah penderma organ kurang daripada 500 orang .

dan banyak lagi dan mungkin ada yang akan bertanya ,

ADAKAH PEMINDAHAN ORGAN SAMA DENGAN PERBUATAN MENYEKSA MAYAT ?
TAK . pemindahan dan pendermaan organ bukan dilakukan kerana niat jahat atau tujuan yang tidak bermanfaat . sebaliknya dilakukan sebagai pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan organ tersebut . dan harus anda tahu , memelihara nyawa adalah salah satu daripada maqasid al-syar'iyyah atau objektif syariah . 

ADAKAH PENDERMA ORGAN MENANGGUNG DOSA ORANG YANG MENERIMA ORGANNYA ?
Dr. Yusuf al-Qaradawi berpandangan bahawa orang yang menderma organ akan diberikan ganjaran pahala kerana perbuatan menderma organ terangkum di bawah sedekah jariah yang merupakan salah satu antara tiga perkara yang akan memberi ganjaran berterusan selepas kematian iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh .

dan banyak lagi . for more info , click this http://www.agiftoflife.gov.my/

ya , aku mengaku . aku takut nak derma darah . tapi , tidak untuk derma organ .
kita dah tak bernyawa masa tue , sebab tue aku berani ?
okeyyy , mungkin tue salah satu faktor tapi bukan tue kepentingannya . 
secara ikhlas , aku nak membantu mereka yang lebih memerlukan .
seriouslyyyy , i would like to help someone to live after my death .
InsyaAllah , aku nak menjadi salah satu antara pengikrar pendermaan organ .
dan mungkin aku akan daftar untuk pendermaan semua organ dan tisu :')
paling penting , minta kebenaran dari keluarga dahulu dan pastikan anda berumur 18 tahun dan ke atas .

organ yang boleh didermakan 

p/s : ibu , ayah , benarkan along menjadi salah satu penderma organ , boleh ?

No comments:

Post a Comment