Tuesday, October 16, 2012

kerjaya seorang jururawat

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda? Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat. Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat? Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli. Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik. Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja. Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja. Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja. Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

p/s : teringat semasa posting di hospital ketika di semester satu . seorang pesakit lelaki , berumur 17tahun , bersekolah pondok , belajar agama . mempertikaikan kerjaya jururawat . 
"kalau saya ada isteri nanti , saya akan pastikan isteri saya bukan seorang jururawat"
and i was like , "kenapa?"
"jururawat ini bukan elok sangat . kerja cuci najis orang . pegang dengan yang bukan mahram . tengok yang bukan bukan (aurat pesakit lelaki dan perempuan) . jaga bukan elok pun . ada yang kasar , garang . tak reti nak buat kerja lembut lembut"
aku terdiam . betul juga . tapi , kalau bukan jururawat yang buat , siapa lagi nak buat ? 
lalu aku pun bertanya , "kalau macam tue , siapa yang nak jaga orang yang sakit ? 
"kalau anak sakit , suruh mak ayah diaorang jaga . kalau mak ayah diaorang yang sakit , minta lahhh anak anak diaorang tolong jaga"

aku tersenyum . senangnya berkata kata . Alhamdulillah . untunglahhh kalau kat dunia nie , masih ada orang seperti itu . tetapi , malangnya anak anak moden zaman sekarang sibuk . sibuk dengan kerja . sibuk dengan dunia luar . malah , nak bertanya khabar pun tiada masa . hanya disebabkan sibuk itu . dan aku juga akui , aku juga kadang kadang sibuk . sibuk dengan urusan pembelajaran sehingga sangat jarang untuk bertanya khabar keluargaku sendiri . hanya menelefon diaorang pada waktu hendak mengambil exam , sakit saja . sedangkan , apabila aku sakit , ibu ayah selalu call tanya khabar aku . 

"adik , kadang-kadang tak semua orang berfikiran mcm adik . ada yang sibuk bekerja , ada yang sibuk dengan hal hal yang lain . masing masing ada tanggungjawab masing masing . lagipun , ada jururawat nie boleh membantu orang . tak semua orang tahu teknik teknik nak elak penyakit , teknik teknik nak cuci luka dengan betul , ubat yang sesuai dengan penyakit . kami buat semua tue niat nak tolong orang . bukanlahhh nak kata sebab niat boleh menghalalkan cara , tapi kalau itu yang boleh membantu semua orang , kami buat .  kalau adik tak nak kami jaga adik , tak apa . lepas nie suruh lahhh sesiapa jaga adik . nanti suruh diaorang yang check tekanan darah adik , suhu , pulse , respiration tue semua ehh ?"

aku pun pergi . biarlahhh dia fikir sendiri .

masa mula - mula aku nampak dia masuk wad ,
aku : sakit apa nie dik ?
pesakit : saya baru disyaki appendix .
aku : ohh . first time ke kena tahan dekat wad ?
pesakit : a'ah . 
aku : takut tak ? risau ke ?
pesakit : tak lahhh . saya suka . sakit kan boleh menghapuskan dosa .
okeyyy . aku diam . betullah tue kannnn ? After operation ,
pesakit : kak , saya nak ubat tahan sakit boleh ?
aku : kenapa ? kata suka sakit nie ? sakit kan penghapus dosa .
pesakit : tapi sakit sangat nie kak . tak tahan .
aku : nak hapus dosa besar tue . tue yang sakit sikit . tahan lahhhh .
maaf , bukan nak kurang ajar atau tak sopan , cuma geram . apa yang kiteorg buat , semua tak kena . ada jeppp yang dia pertikaikan . tapi agak kelakar masa dia dah sihat , nak balik . cakap terima kasih pun tunduk jeppp . siap minta number aku lagi . kot kot nak belajar sikit sikit macam mana nak jaga orang sakit , katenya :)

setiap orang ada tanggungjawab sendiri . terpulang kat kita macam mana cara kita nak jalankan tanggungjawab tue :)

1 comment:

  1. semoga Allah kurniakan awak istiqamah dalam profesion yang menuntut 120% kesabaran ini, aameen

    ReplyDelete