DEFINISI :
penyakit yang kebanyakkannya dialami oleh pelajar pelajar di Universiti , Kolej , Politeknik , Asrama dan sebagainya . simptomnya mudah kelihatan bila tiba cuti pertengahan semester , cuti semester atau cuti am .
INDIKASI :
- pelajar Universiti
- pelajar Kolej
- pelajar Politeknik
- pelajar yang duduk di Asrama
KONTRAINDIKASI :
- pelajar Sekolah Rendah (yang bukan di asrama)
- pelajar Sekolah Menengah (yang bukan di asrama)
- pelajar Tadika (yang menetap di rumah)
SIMPTOM - SIMPTOM :
- badan di kelas , fikiran melayang *dalam kelas*
- termenung
- countdown hari setiap hari
- panggil kawan dok tersasul panggil ibu ayah =='
- tak habis habis cerita pasal kampung halaman , dll .
PATOFISIOLOGI :
termenung , berangan
↓
kira hari , kira jam
↓
sampai masa , keadaan makin kritikal .
stage 1 bertukar ke stage 4
↓
*sampai hari 'pembedahan'*
barang barang peralatan dikemas .
check takut ada peralatan yang tertinggal
↓
jumpa kawan kawan , ucap selamat .
semoga selamat .
↓
peralatan dibawa ke bawah .
'ambulans' tunggu di tempat menunggu .
↓
segala peralatan disimpan di bahagian bonet .
tekanan darah tak meningkat akibat keterujaan .
↓
sampai destinasi , peralatan dikeluarkan .
tangan mengalami edema akibat bebanan peralatan yang dibawa .
menuju ke 'ambulans' lain .
simpan peralatan di bonet
↓
cari tempat mengikut nombor giliran yang diberi .
↓
tekanan darah masih meningkat .
kadar pernafasan semakin laju tapi masih di tahap normal .
posisi yang sesuai , Fowler's , untuk memudahkan pernafasan .
↓
perjalanan ke 'hospital' mengambil masa 4-5 jam .
posisi ditukar setiap 2 jam untuk elak decubitis ulcer .
↓
*sampai 'hospital'*
turun ambulans bersama 'pesakit' lain bersama peralatan .
↓
suspentory ligaments konstrik menyebabkan pupil menebal akibat nak melihat orang tersayang .
tekanan darah meningkat . kadar nadi meningkat .
kadar pernafasan meningkat .
↓
*dah jumpa*
pernafasan , tekanan darah , kadar nadi normal .
↓
perjalanan diteruskan ke 'hospital istimewa' <3
↓
addmission
↓
mendaftarkan diri sendiri sebagai CRIB :D
*CRIB - Complete Rest In Bed*
KOMPLIKASI :
- tidur lambat , bangun lambat .
- selera makan meningkat .
- tidak duduk diam di 'hospital'
SEKIAN , REPEKAN DARI SAYA :D
ini rekaan semata - mata .
tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia .
No comments:
Post a Comment