Dalam dunia nie ,
macam macam jenis orang kauorg boleh jumpa . bak orang kata 1001 macam kerenah
lahhh . kalau musuh buat hal , tak ape lahhh . memang tak boleh nak cakap ape
lahhhh kan . tapi kalau dah kawan yang buat , ya Allah , sakit pula hati kita
nie . tambah tambah kalau kawan baik , lagi lahhh sakit . makan ubat Morphine ,
Pethidine ke memang tak berkesan langsung lahhh .
Nak yang macam mana ?
kawan tikam dari belakang ? guna pisau ? parang ? lembing ? ke machine gun
terus ? ke nak yang kawan makan kawan ? yang makan masak guna stail kukus grill
panggang kukus grill panggang kukus ?
Cakap jelahhh . semua
ada . paling biasa , paling biasa lahhh kann , yang hipokrit . depan kita cakap
lain , belakang kita cakap lain . haa bersepah kau ! tak pun yang tak kenal kau
. kenal pun time dia susah je , tak pun time tak ade geng . lagilahhhh bersepah
. haa yang lagi satu memilih kawan . nak kawan yang hot je , pandai , perfect
semua bagai . tapi diri sendiri tue sebenarnya apa pun tarak . haa yang tue
nanti aku hadiahkan cermin .
Useless lahh wehh .
nak berkawan tue , biarlahhh ikhlas sikit berkawan . lagi lagi yang banyak
tolong kau . bukan lahhh nak minta balasan ke ape ke , Cuma hargai sikit orang
. tak payah yang buat baik jelahhh , kita start buat baik dulu tak ape . what
goes around , comes around . that’s karma . kau buat baik kat org , org buat
baik kat kau . kau respect org , org respect kat kau . ini , kau nak org
respect kat kau , tapi kau sikit pun tak respect kat org , memang useless lahhh
kannn . lepas tue sakit hati , menyampah , dendam bagai pula bila kena balik kat
kita . haihhh , very the sivik-less .
Sebab tue bagi aku ,
jadi diri sendiri . berkawan dengan semua orang . tak payah nak memilih bagai .
yang dah jumpa kawan baru , lupa kat yang lama . hishh ntah ape ape lahhh . kan
best kalau ramai ramai kawan ? tapi baik baik lahhh . jaga kekuatan diri . sama
ada dipengaruh atau mempengaruh :)
p/s : rindu pula
arwah Asyikin . dari dulu niat nak pergi melawat kubur dia , tak sempat lagi
nak pergi . InsyaAllah satu hari nanti . semoga arwah dikalangan orang yang beriman
. Al-Fatihah .
No comments:
Post a Comment